TUKAR WAJAH SIKIT...

Assalamualaikum

sempena nak raya ni...renovate blog sikit, lagi pun dah hampir setahun tak berubah. Tak tahu ah cantik atau tak, tapi ina suka background gelap.
Puasa dah separuh bulan...kejap jer rasanya. Jap lagi raya lak. Baju raya dah ada esp Cdah ah. Ina pun ada gak...2 pasang gitu...dari terengganu..TQ ma & mok teh. Lepas raya banyak ah aktiviti...aktiviti open house..aktiviti summer dll. Tapi tak tahu ah raya ni cam ner coz first time raya kat negara orang....tapi rasanya sama jer kot sebab sini pun ramai geng2 melayu lain. So, tahun ni tak perlu nak pikir untuk beraya di Setiu first or Kuala Terengganu first...Now, baru ah adil. Walaupun kami ni satu negeri tapi jarak setiu dan KT tu hampir satu jam..Kalau beraya di Setiu first, alamat petang baru raya KT...dah habis suasana raya...Rasanya, sejak kawin, cuma sekali ajer beraya kat KT first....
Tahun ni, Wan keje dan ina pun keje dan Cdah skolah. May be pada hari raya tu kami pi sembahyang raya kat Rockingham mosque. Lepas tu tak tahu ah nak ke mana tapi rasanya akan ke lab coz minggu depan ada sample. Biasalah, ina buat research pasal ikan idup...kena bagi makan dan observe tiap2 hari.....Lepas tu lepak kat rumah ajerlah kot coz petang wan keje lak. Bukan macam kat mesia boleh mintak2 cuti. Plan nak masak tak ada lagi. Rasanya tak masak banyak2 coz rumah kami ni susah sikit nak datang...kena appoinment dulu...heheheee..Kalau sekali gus nak datang kerumah kami, alamatnyer dapat surat cinta lagi ah. Jiran sebelah masuk geng2 tua kat apartment sini...pas tu, control habis ah...tak boleh bising etc. Jiran kami pulak jenis yg tak beranak pinak...cuma couple yg ada sekor kucing jer. Nasib baik lah kawan2 kat sini paham...Bukannya kami tak bagi org datang, tapi paham2lah suasana sini, so mereka yg biasa dgn ina macam ella memang fahamlah. Kekadang tu, kami jemput org dtg rumah gak coz ada yg tak pernah datang rumah kami lagi. Kalau cakap nak datang, baru ah kami masak best2 sikit utk tetamu esp raya2 ni.
Last week, jemput kawan2 kat Murdoch berbuka puasa. This Saturday, jemput kawan2 kat arae lain lak. Kami kena buat 2 sesi coz tak muat rumah. Meriah gak majlis berbuka pose tu. Ina masak banyak ah hari tu. Kawan2 kat Murdoch ni, ada yang nak makan nasi dagang dan ada yang nak makan nasi kerabu...So, ina buat kedua2nya. First time buat nasi dagang, tak mengecewakan ina....lauk ikan tuna pun ok gak. Wan kata ok tapi kalau di terengganu, org reject kot. Biasalah kat sini mana ada santan fresh macam kat mesia. Ina guna santan tin ajer. Tapi lauk menjadi ah. Nasi biasa pun ada gak coz takut ada yg tak makan nasi kerabu & nasi dagang. Huh! duk Australia baru ah nak masak semua ni...kalau kat mesia....beli ajer ah. Satu bungkus nasi dagang cuma RM1. Kuih lak ina buat kuih "tok aji serban"...org terengganu & kelantan tahu ah kuih ni. Kuih ni macam kuih seri kaya. Pas tu karipap dan Wan buat murtabak. Alhamdulillah, semuanya cukup dan boleh bungkus bawa balik sikit sorang lauk utk sahur. Nasi dagang licin...Mereka mintak ina masak nasi dagang & kerabu tu coz ina org terengganu. Tapi, ina ni jenis org terengganu yg suka beli dari buat sendiri. Heheheheee......nasib gak jadi bila try masak...kalau tak...tong sampah kot dan tak merasalah geng2 sini...
Last month, ulang perkahwinan kami. Ina ajer yg dapat hadiah dari Wan. Wan tak dapat pun hadiah dari ina coz ina betul2 lupa...hehehee....kurang asam betul. Ulang tahun ke 7. Dapat cincin mas...hehehee....cantik coz wan yang bagi...Kalau gini ah, baru ada semangat nak study....Ingatkan datang Australia ni tak ada dah hadiah2 macam ni, rupanya ada jugak...Bday on February lepas, dapat handbag...so, bday next year bagi "bessemer" pun ok gak...hehehee...Amacam Ella...ok? Hehehehe. Ok ah, penat dah tulis....Anyway, Wan yang tak pernah lupa tarikh2 macam ni....kalau Ina, selalu lupa tarikh2 cam ni...cuma bday ina ajer ina ingat coz terasa semakin tua.........
Oklah, nanti jumpa lagi....

KAMI SEKELUARGA NAK UCAPKAN SELAMAT HARI RAYA PADA SEMUA KELUARGA DI MALAYSIA DAN KAWAN2 DI MALAYSIA DAN DI AUSTRALIA DAN DI MANA JUA BERADA. SELAMAT HARI RAYA, MAAF ZAHIR & BATIN....

Drp:
Wan Hafiz, Ina dan Wan Cdah.

Comments