SEMBANG2 NOVEMBER

Dah lama rupanya November. Esok genaplah 2 tahun kami kat sini. Risau gak sebab terasa byk perkara yg tak sudah lagi. Cuma yang nampaknya, dapat anak sorang... Selalu berdoa semoga ALLAH permudahkan apa yg kami lalui. Alhamdulillah setakat ni kami dapat tempohi rintangan yg datang (tak perlu dihuraikan). Sebenarnya, dugaan yg datang ni menyebabkan kami lebih bersemangat. ALLAH sahaja yg tahu apa yg berlaku. Bagi kami, segala yg terjadi ada hikmah disebaliknya. (Oklah, tak nak citer byk kisah ni...sedih pulak nanti....hal ni akan berakhir soon...tak sabar tunggu 16 Dec)

Kisah Sofia, dah immunisasi utk umur 2 bulan. Nasib baik tak demam. Kesian kena inject kat 2 belah peha. Dah lah kecik..isi pun tak ada...tak lah sama dgn anak2 mat saleh sini, semuanya sihat2. Pd hari nak pi inject dia tu, dia mula start ketawa (sekejap sengih, pantang agah), tapi lepas kena inject, susah pulak nak sengih...penat agah dia. Tak apalah, still boleh ketawa. Berat dia pula, hampir 4kg dah....Biasalah, baby premature ni, susah sikit nak jaga, terpaksa kejutkan dia kalau tidur kalau waktu minum susu. Now, tak perlu kejutkan, automatik bangun utk minum. Minum susu dah banyak dan dah 2 bulan, perut dia perlu mengembang ketahap ke2. Lepas ni (3 bulan), try tambah lagi susu (up to 16ml) setiap 3 jam. Biasanya kami monitor waktu minum & banyak mana dia minum & berapa kali dia buang (berak). Harap2 dia sihat mcm Kakak Cdah. Cdah pula, tak sabar nak tunggu adik besar.

Cdah nak baby boy pulak. Pening mama dia ni. Yg Sofia ni pun dah pening. Eddy kat mesia pulak tak boleh terima kami dapat Sofia. Selalu marah2 bila cakap pasal Sofia. Jeles nya lebih2. Tadi Ina call mak kat kampung, sempat cakap dgn Eddy, bila Ina sebut adik Sofia nak balik mesia, dia terus cakap "tak boleh!" dan terus letak talipon....terkejut jugak. Sebelum ni mak ina yg cerita yg Eddy marah bila sebut adik Sofia. Agaknya bila balik nanti & tengok Sofia, dia ok lah tu. Memang dulu pun, kalau kami lebihkan kakak Cdah, dia mulalah merajuk, tapi cepat dipujuk.
Oklah, tak ada apa nak dicerita...cuma cerita anak2.

cheers,
ina

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006