SEMBANG2

Assalamualaikum

sekian lama menyepi bukannya apa, komputer ina masuk virus dan sekarang ni ok dah...macam komputer baru pulak.
Byk aktivity sebenarnya tp panjang pulak kalau masukkan semua. Kisah ketam dah berakhir. Dah masuk autumn ni, susah sikit nak beraktivity.
Walaupun komputer kojol jap baru ni, ina buatlah benda lain yg boleh mengisi ruang yg ada. Buat lab work yg tak habis lagi tu. View histopathology slide & scoring dan lukis parasite utk identification. Alhamdulillah, tak ada lah masalah teruk sgt. Cuma yg teruk sikit, ada keje2 utk publication paper. Ina collect samples & ambik data tapi tak analysis & tulis paper lagi....biasalah, benda gini alan kata letak tepi dulu. Balik mesia boleh tulis. Tadi, dia suruh pi present paper pulak....good news sb dia try dpt kan scholarship. Nasib baik alan ni ok dan baik.....alhamdulillah. Apa yg ina nak, semua alan bg dan yg terbaru, ina nak beli grid dll utk microscope...cos mahal jugak...senang ajer alan bg. Bimbang jugak nak mintak sebab baru ajer alan bayar utk repair komputer ina. Baru ni, dia bawak org utk tengok pasal microscope & program ... utk upgrade. Seronok jugak svisor mcm ni. Microscope pun ada kat bilik ina ...malas nak buat kat lab sb sejuk.
Kisah co-svisor utk pathology....dah ada yg baru. Baik jugak. Sanggup dtg murdoch uni utk ajar ina....terharu pun ada. After few days, terkejut ina bila dia muncul lagi kat ofis ni semata2 nak bagi buku & beberapa journals yg penting. Apa2 hal, ina beremail ajer & dia guide melalui email.
Co-svisor yg fish biology pulak, baik jugak...tak kisah kalau pasal sampling. Sanggup pi canning river kejap semata2 tangkap ikan utk sejenis parasite ajer sebab nak confirm species. Dan dia pun bg tahu ina yg dia sanggup baiki paper ina kalau ina tulis paper/note tentang parasite yg kat canning rv tu.
Emmm....tak tahulah nak kata apa. Sekarang ni cuma rasa tak terkejar ajer. Byk benda kena buat walaupun ramai yg membantu. Mungkin jugak apa yg ina suggest tu ok utk akan dtg. Kadang tu rasa ok jugak walaupun ina ajer perempuan kat unit ni.
Utk balik hujung tahun ni, tak tahu lagi lah sebabnya, bab tulis ni akan makan masa jugak. Setakat ni, kalau org tanya..jawapan yg ina bg cuma insyaallah hujung tahun ni. Kalau boleh nak balik cepat2....sakit jiwa dah duk sini...macam2 hal berlaku....emmmm....apa yg berlaku itu mungkin ada hikmah disebaliknya dan Allah yg tentukan......semua terletak pd 'hati' kita....hanya Allah yg tahu apa yg ada kat 'hati' kita...org lain tak tahu....Mcm2 dugaan yg Allah bg kat kita cuma caranya berbeza. Apa yg ayah ina bg tahu tentang pengertian 'hati' ni, sekarang ni ina faham....dulu masuk teliga kanan..keluar telinga kiri...hahahaa.
Last week, 2 hari bercuti....hari rabu, kena temankan syahidah ke literature festival kat all saint collage....sekolah hantar dia as wakil tp pihak sekolah tak ada yg pergi. So, terpaksalah bawa. Best jugak, ada jumpa dgn penulis buku terkenal kat australia ni...story teller....ada workshop utk budak2...mcm mana nak tulis buku cerita & dapat idea. Kurang2 kita pun tahu life penulis buku ni...mcm mana dia dpt idea & menulis. Syahidah ada jugak bergambar dgn beberapa penulis buku kanak2 ni.
Khamis pulak, pergi assembly skolah syahidah....sofia dijemput utk terima hadiah new baby bg pihak sekolah....dapatlah beg yg berisi baju & buku2 baby.
This wk, barulah dpt mula aktiviti menulis sb komputer ok.
Oklah, lain kali ina berblog lagi. Hari ni free sikit sb happy komputer dah ok.

cheers,
ina

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006