SEMBANG2 DUNIAKU

Ni gbr burung & itik kat Bibra Lake...dkt dgn rumah kami.
Sekarang ni semakin sejuk...dah masuk winter. Km semua demam. Ina demam & nak ngadap komputer ni pun malas. Tp perjuangan perlu diteruskan. Dtg opis hari ni & semata2 nak jumpa Alan...nasib baik dia dtg. Discuss hari jumaat pulak...dia bz sokmo! Apa2 pun, Ina ada byk keje jugak, nak semak & buat correction utk paper ke tiga Ina. Paper ni susah & panjang citer nya. Ingat nak pi present kat Jiju Island, Korea...tp budget tak ada. Best jugak kot ke sana sb bila tgk citer Korea "My girl" tu, ada berlakon kat Jiju Island. Anyway, berhasrat jugak nak ke Korea satu hari nanti. Ada beberapa kenalan kat sana & semua tu kaki giler citer korea gak. Tp Ina ni tak ler fanatik sgt dgn citer2 tu....so, susah nak bercerita. Budak2 tu yg bercerita. Mrk kat medical university kat sana & sama bidang parasitology dgn Ina. Mrk kat sana selalu adakan seminar & peluang tu mmg akan ada. Cuma Ina perlu berusaha dgn research yg baik utk dibawa ke seminar luar negara...kalau tak..maluuuu. Ke Adelaide bulan depan pun Ina tak pergi jugak. Seminar yg akan di anjurkan oleh persatuan parasitology kat sini...sebabnya, tak nak bazirkan duit ke tempat Ina dah pergi...hahahaaa. Kalau nak ke sana, sure Ina akan angkut suami & anak2. Tak per lah, lagi pun Ina ahli persatuan ni, apa2 berita mrk htr jugak.

Nanti akan diadakan Family Day pulak di sini. Tak tahu lah nak hadir atau tak. Susah lah sikit sb ramai yg tak kenal...terlalu ramai student phd baru kat sini. Agaknya semua kena dtg sini kot.

Tp kalau kat sini, kdg rasa mcm duk kat Malaysia. Ramai melayu kita kat sini. Semua ada termasuk adat2 melayu kita. Adat perkahwinan....cukur jambul baby baru...bertunang etc. Kalau jamuan doa selamat tu dah biasa. Usrah & mengaji utk kaum dewasa & kanak2 pun ada. Bab kata, semua ada.
Km mcm biasa...melepak bila weekend. Weekend mmg my family day. Urusan keje cuma kat ofis & bila cuti, kena cuti betul2...masa bersama suami & anak2. Lama dah Ina amalkan & semakin ok. Agaknya berkat anak2 yg kecik tak suka mak selalu dgn buku & keje kot. Lagi pun, masa kat ofis mmg diguna sepenuhnya utk urusan keje. Berblog ni bila boring & masa makan kat ofis. Kalau berterusan buat keje...mau nya Ina ni boring. Tp, semua terurus ajer. Yg paling best, kat rumah mmg lupakan urusan ofis...boleh tumpukan masa utk masak & buat kerja lain. Dah rindu benar dgn dapur & oven tu. Plan nak buat brownie hari ni. Anak2 Ina suka mkn coklat....jd brownie coklat mmg sesuai lah....Last week, dah buat kek coklat.
Ni lah pembantu Ina masa buat kek coklat last week. Lepas letak cream atas kek, itu lah keje sofiah. Mmg peninggg...kalau tak bg mmg dia akan mengamuk. Dah letak kek dlm oven, dia lah yg akan selalu ke dapur nak jenguk kek tu...selalu nya dia bg tahu..."emmm yummm!". Lepas masak, tak sabar2 lak tu nak makan. Ni lah kerenah anak kecik. Syahidah pun senyum jer tgk adik dia ni. Maklumlah, kak Syahidah dah besar & jarak umur mrk jauh...jd ina terpaksa layan 2 peringkat umur kanak2. Kakak dah matang sikit, caranya pun berbeza...suka bergaya & masa habis dgn tulis cerita kat komputer dia. Yg Ina tau cerita pasal "fairy". Selalu kat bilik sb adik selalu kacau...

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006