KUIH BADAK BERENDAM

Inilah kuih BADAK BERENDAM. Ada rupa mcm badak ker? Ina masak kuih ni last week, Sabtu tu Ina masak utk ke rumah Yati semasa majlis berbuka puasa. Ahad pulak, Ina masak sekali lagi utk dibawa ke rumah makcik Salmah. Ina belajar drp Wan sebab dia selalu tengok mak dia buat. Masa kat Malaysia dulu, tak pulak terasa nak belajar buat kuih ni. Bila dah kat sini, buat sendiri lah. Caranya senang & bahan2 pun tak byk cuma teknik kena betul baru menjadi.

Bahan2:
1 peket (450g) sagu biji
1/2 tin santan (campur dgn sikit air sebab terlalu pekat)
1 ulas bawang merah (kat sini susah nak cari bwg merah, Ina guna 1/4 brown onion jer)
1 hiris halia (potong nipis2 & panjang...mcm nak buat nasi dagang tu)
1/2 sudu halba
Gula
Garam

Inti:
Ina guna inti ready made dlm tin. Ina guna inti kacang merah.
Buat bulat2 sebesar ibu jari.

Cara2:
1.Masak air hingga mendidih.
2.Bila air mendidih, masukkan dlm sagu biji & kacau dgn sudu (Ina guna senduk rice cooker tu lagi senang sb leper). Campuran ni hendaklah nampak seperti boleh gumpal.
3.Kemudian, ambik sekepal lalu leperkan atas tangan & letakkan inti kemudian kepalkan...jangan bagi inti terkeluar. Lihat gambar kat bawah ni. Kemudian letak dlm steamer.
4. Steam hingga masak...Lihat gambar kat bawah ni.. Utk kuah:
1.Masakkan santan bersama bawang + halia + halba
2.Masukkan gula dlm anggaran 3 sudu besar + sedikit garam
3.Masukkan daun pandan yg disimpul.
4.Masak hingga didih & masukkan sagu kepal yg dah masak tadi.
5.Biarkan didih seketika....siap.

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006