OUR LAST SPRING

SPRING
Inilah gambar2 suasana kami di sini bila bermulanya musim bunga. Hari ni ada lah first day musim bunga ni & juga first day umat islam di Perth berpuasa. Tp suasana musim bunga dah beberapa minggu terasa sebab boleh katakan semua pokok berbunga termasuk pokok2 dlm semak. Tp, pokok2 semak ni pun bunga cantik jugak & baunya wangi tau.

Ina & Syahidah suka bunga ni...pink & cantik.
Gambar2 kat bawah ni Ina ambik semasa kami ke Abingdon Miniature Village kat Mandurah. Km ke sana last weekend. Agenda utama adalah fishing....tp sambil2 fishing tu, km lawat ler tempat2 mcm ni.
ABINGDON MINIATURE VILLAGE

Gambar ni semasa di Abingdon Miniature Village...Maze. Syahidah yg beria2 nak cuba. Dia masuk dgn papa & Sofiah...Ina bagi arahan drp atas tpt utk tengok. Sebab tu dpt ambik gbr mrk ni. Ina mmg penat dah nak layan mrk ni.
PORT BOUVART - FISHING

Ni gambar semasa kami fishing di Port Bouvard. Dulu, km selalu ke sini dgn Mail-Yati. Byk ikan. Tp semasa km pergi baru2 ni, tak byk ikan, km cuma dpt skippy & spotted hering ajer. Kira ok lah jugak tp tak mcm dulu2.....Tpt tu mmg tempat memancing & ada beberapa jeti utk mancing utk org2 tua or org2 cacat yg tak boleh nak panjat2 batu utk fishing kat celah2 batu. Permandangan mmg cantik & aman jer rasa bila duk kat situ sebab airnya biru & tenang. Mmg sesuai sebagai tpt utk tenang minda or fikiran.
Ni darter...teman setia masa fishing....rasanya dia ni penyelam hebat jugak lah. Bila menyelam, dapat ajer ikan. Kita duk fishing pun naik jelous jugak.


Ni ikan hering yg Wan tangkap...Ikan ni best kalau buat pais atau otak2. Emmm....yum!yum!.

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006