RENUNGAN

Sesuatu untuk baik dan suci mestilah ditentukan mengikut neraca Allah dan RasulNya, bukannya neraca pemikiran kita semata-mata. Jika merujuk kepada neraca Islam, Nabi SAW pernah bersabda ertinya :"Ketahuilah, bahawa di dalam diri anak Adam itu ada seketul daging, yang bila ianya baik maka baik seseorang itu, dan apabila buruk, buruklah amalan seseorang itu, ketahuilah, ia adalah hati" (Riwayat Muslim).

Berdasarkan hadith ini, menurut neraca Islam kebaikan hati seseorang boleh dilihat di peringkat pertamanya dari tindak tanduknya. Ertinya, bila tindakannya sentiasa menyalahi kehendak dan hukum yang diletakkan Islam, ia adalah tanda kekotoran hatinya. Jika tindakan luarannya pula bertepatan dengan kehendak Islam, maka adalah harus ianya dianggap baik pada peringkat pertama iaitu neraca luaran orang ramai, adapun baik di peringkat kedua adalah samada hatinya bertujuan kerana Allah atau selainnya seperti sekadar menunjuk-nunjuk sahaja.

Justeru, 'we can judge a book by its cover in certain cases' iaitu apabila perkara asas Islam dilanggar, maka sudah tentu that cover is reflecting what's inside the heart of a person'.

NOTE:
Ina dpt petikkan ni drp blog kwn. Ok jugak nak letak kat sini sekadar renungan. Ayah Ina selalu berpesan, "kalau kita buat baik dan ikhlas hati & berbuat sesuatu kerana ALLAH, maka baiklah yg kita dapat. Jika ada setitik perasaan menunjuk2 dlm hati kita, maka kita tak akan dpt apa2 pahala & ianya adalah riak."

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006