RESEPI: KUIH BUAH MELAKA

Ini resepi paling senang & tak banyak bahan. Kuih buah melaka & Ina belajar drp makcik Salmah tapi biasalah dah modified sebabnya resepi makcik utk buat banyak....Ina nak buat sikit jer. Ina buat ni semasa nak ke rumah Misah...best tak Misah...hahaha. Terkejut Misah sb kuih ni besar gedabak. Mmg kuih ni besar & tak mcm onde2 Ganu yg kecik molek tu. Tp Sofiah habis jugak 3 biji sekali makan. Ok....jom kita tgk resepinya:

Bahan2:
tepung beras pulut
Kentang
(Ina sukat, kentang & tepung pulut sama banyak)
1/2 tsp garam
air
air kapur sikit
pewarna hijau perisa pandan (atau pewarna hijau + perisa pandan)
Gula melaka (di potong dadu...kecik2)
Kelapa + garam sikit

Cara:
1. Rebus kentang & lecek or masuk jer food processor lg cantik.
2. Campur kentang lecek tu dgn tepung beras pulut + air kapur + garam + warna hijau perisa pandan
3. Uli mcm nak buat kuih onde2 tu...tp kalau keras masukkan sikit air.
(Ini kerana berdasarkan jenis kentang yg kita guna...kalau kentang kuning yg besar tu...byk air, kentang kulit merah, kentang kecik warna kunig...tu kurang air). Ina guna kentang kecik2 tu..so, masuk sikit jer air.
4. Lepas tu....bulatkan, leperkan sikit...masukkan gula melaka & bulatkan semula.
5. Masukkan dlm air mendidih....kalau dah timbul tu masak lah.
6. Toskan & golekkan dlm kelapa.
(kelapa ni Ina gaulkan sikit dgn garam)
7. Siap utk dimakan...

Comments

Popular posts from this blog

mood weekend

MILL POINT, PERTH 2006